Tuesday 26 November 2013

PERJALANAN KE ISTANBUL PART 1

SALAM...

Pada cuti sekolah pada bulan Mei 2013, buat pertama kali kami sekeluarga berjaya menjejakkan kaki ke Istanbul, Turkey..Dua tiga hari sebelum berlepas perasaan dah bercampur baur..masing2  baik saya dan husband dua2 super excited..yelah, pertama kali nak berjalan jauh dan perjalanan yang memakan masa 14 jam keseluruhan..Penerbangan yang kami pilih untuk ke Istanbul adalah Qatar Airways. Semasa survey ticket pada bulan Januari kami terjumpa harga promosi Ke Istanbul RM2100 net/person return ke Istanbul. Sebelum tekan proceed payment saya berkali2 duk tanye husband betul ke ni, betul ke ni..last2 dalam keadaan yang masing2 dalam  tak pasti ku tekan proceed payment..huhuhu..Maka dari tarikh dan waktu itu, bermula lah kawalan perbelanjaan bulanan untuk menabung percutian ke Istanbul..hehehe..Perbelanjaan rm6000 untuk 9 hari disana termasuk penginapan..Namun dapat bawak pulang rm2000 lagi.Nyata di Istanbul perbelanjaan tak lah mahal sangat siap dapat soping2 lagi:)..pertukaran duit RM1.75 = 1 LIRA..Seperti tips yang diberikan oleh blogger yang lain dari malaysia kami hanya tukar duit euro dan dollar sahaja..Sampai di Airport Istanbul baru kami tukar sedikit kepada duit LIRA. Selebihnya kami tukar di Istiklal.Setelah ke Istanbul, kami dapat rumuskan memang super berbaloi2 bercuti ke Istanbul..memang best gileee...klo ade rezeki lagi teringin nak pergi lagiiii..

TIPS: Kalo nak tukar duit EURO/DOLLAR kepada  LIRA di Istanbul, yang paling murah yakni dapat banyak lagi LIRA tukar dia money changer area station tram Lalelei universiti coz lagi murah dari Sultanahmet. Kt mane Lalelei university cuba tengok pada jalur station tram, tempat dia atas lagi sikit dari sultanahmet..takpun area aksaray pun tukar duit murah jugk klu2 korang nk pergi ke makam sultan Fateh..jgn risau x kan sesat penye..bila anda dah sampai sana comfirm rase senang sangat nak jalan2 kat sana walaupun tak guna tourist guard.



Lebih tips nantikan Ntry berikutnya...adios